Latest Entries »

Letak Jawatan

Wow..blog ni dah berkulat. Berkurun x bukak. hehe.. Sibuk la kononnya. Hm, entry sebelum ni tentang baru nak kerja di sektor gov. Entry skarang ni plak tentang peletakan jawatan pegawai farmasi dari sektor gov.

Tak banyak benda pun yang perlu disetelkan. Antaranya :

  • Borang B –> Perakuan Hutang
  • Lampiran E –> Akuan Penerimaan
  • Notis Peletakan Jawatan
  • Serah Tugas

Mana nak download borang2 ni? Tak yah download..mintak je kat ofis hospital/klinik masing2. Gaji terakhir akan dibagi dalam bentuk cek. Lambat sikit la dapat dari orang lain. Kena selalu tanya orang ofis.

And now..siap sedialah anda untuk berkecimpung di sektor swasta pulak.

 **rezeki itu milik Allah**

Bakal Pegawai Kesihatan

Hari tu ada dapat kertas tentang proses pendaftaran bagi pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi. Korang boleh tengok gambar bawah ni.

Dan hari ni pulak dah dapat sijil pendaftaran. Alhamdulillah..Sekarang tinggal tunggu surat posting. 

**kesihatan adalah nikmat dari ALLAH yang amat berharga**

Share on Facebook

Petua Halau Semut

Semakin hari semakin tak tahan dengan semut-semut kat rumah ni sampaikan hp pun dia nak kerumun. Sempat jugak terlintas dalam hati “Semut ni dah tukar selera ke? Makan hp pulak ke sekarang?”

Petang semalam kitorang pun try la cari petua untuk halau semut. Agak menarik la. Nak buat pun senang. Tiba-tiba jadi excited. Dalam banyak-banyak petua tu, kitorang tertarik dengan cara ni :

  • letak daun sirih yang dah disiat-siat kat laluan semut
  • tabur tangkai cili kering
  • gantung kain yang dicelup dengan minyak masak kat tempat semut berkerumun

Akhirnya mak pilih cara tabur tangkai cili kering. Projek akan dijalankan sebelum kitorang tidur. Hehe..

Tepat pukul 10.45 malam, “Mak, jom la tabur..”

Mak jawab “Eh, tak yah la. Kita sembur ridsect je”

Maka bergelimpanganlah semut-semut malam semalam. Huhu.. Tak dapat jugak nak check keberkesanan petua yang kitorang pilih..


**teringat kampung halaman**

Share on Facebook

Mula-mula sekali nak mintak maaf kat salah seorang bos Pusat Tuisyen Prima sebab tak dapat kotakan kata-kata semalam. Walaupun dah mintak maaf, tapi stil ada rasa bersalah.Huhu..Sori sangat sangat sangat ye..

Hm..Okay, hari ni nak cite pasal aktiviti kami kat Putrajaya dan Petaling Jaya.

Tengahari semalam aku dan 2 orang kawan bertolak ke Putrajaya. Sampai je kat sana, lunch hour la pulak. Kitorang berpecah. Aku pergi ke bangunan KKM untuk setelkan borang maklumat diri. Yang lagi 2 orang membawa haluan masing-masing. Hehe..

Untuk borang maklumat diri tu kita kena sediakan salinan IC, surat beranak, sijil SPM, ijazah, transkrip dan gambar. Bila naik je kat tingkat 9, pintu dia tak boleh nak bukak. 2 kali try stil tak boleh jugak. Ingatkan dorang kunci sebab lunch hour. Rupa-rupanya kene scan dulu kad pelawat, baru la boleh masuk. Nasib baik takde orang mase tu. Kalau tak, malu je..

Lepas isi borang, orang kaunter suruh hantar borang tu kat bahagian Pengurusan dan Profesional. Aku pun berjalan ikut anak panah tapi sesat. Macam kelakar je sebab sesat dalam ofis. Kat bahagian apa tah masa tu tapi  akhirnya sampai jugak ke destinasi yang dituju. Kebetulan ada sorang abang ni tak turun lagi. Dia cakap letak borang dalam bakul kat ruang tamu.

Bila pergi kat belakang, ada 2 ruang tamu.. Aduh,yang mana 1 ni. Bila patah balik nak tanya abang tu, dia dah lesap tah ke mana. Cari punya cari, jumpa jugak akhirnya bakul tu.. Alhamdulillah..

Lepas tu kitorang pergi SPA pulak sebab nak hantar surat setuju terima pelantikan. Owh..untuk pengetahuan korang, kitorang dah dapat offer letter. Yeay! Ni sebahagian dari surat tu..Sori ye sebab gambar tak elok..

Ok..dah setel hal kat Putrajaya, kitorang pergi Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) kat PJ pulak. Kat sana kitorang tanya tentang pendaftaran, posting dan exam undang-undang. Kakak tu bagitau proses pendaftaran di LFM lebih kurang 3 minggu. Kemudian dia akan hantar nama kita ke KKM. So may be dalam masa sebulan atau lebih sikit kita dah boleh dapat tempat posting. Itu pun kalau ada tempat yang kosong la..

Tepat 6.30 petang, aku sampai rumah..Tahniah untuk 2 sahabat aku tu sebab dah berjaya tau proses sebenar untuk pendaftaran dan penempatan di hospital nanti. Tapi kan korang, misteri pen hitam di SPA masih belum terjawab..Hehe..


**hendak seribu daya,tak nak seribu dalih**

Share on Facebook

Interview Yang Santai

“Perhatian kepada calon pegawai farmasi yang belajar di luar negara, sila ke kaunter sekarang”

Fuh, angin yang menyucuk-nyucuk perut terus hilang masa tu. Kami diminta isi beberapa borang dan kemudian pergi lagi ke kaunter untuk serahkan segala dokumen original & salinan (mykad, surat beranak, sijil SPM, ijazah, transkrip). Pastu terus dapat nombor giliran.

Alamak! Giliran pertama la pulak.

Tepat pukul 8 pagi, terdegar bunyi “ting”. Bilik M dah mula keluarkan nombor giliran 1201. Okay, saat yang dinanti sudah tiba.

“Tok tok tok”… Tiba-tiba pintu tertutup padahal sebelum ketuk tu tak tertutup rapat..

“Alamak..tak boleh masuk lagi ke ni. Em, try la ketuk lagi sekali”

“Tok tok tok”… Akhirnya ada suara “Ye, sila masuk”

SPA : Wah..sampai ketuk 2 kali. Nervous sangat ke..

AKU : Hehe..selamat pagi encik

SPA : Ok, sila duduk.. Alihkan kerusi tu ke depan sikit ye. Dokumen-dokumen boleh letak kat meja

AKU : Baik encik..

SPA : Orang mana ni?

AKU : Saya lahir di Terengganu encik tapi menetap di KL

SPA : So, nur yusira (sejak bila la tukar nama).. Awak selesa berbahasa melayu atau bahasa inggeris?

AKU : (wah,pucuk dicita ulam mendatang) Em, bahasa melayu encik.

SPA : Baiklah, apakah ciri-ciri untuk menjadi seorang pegawai farmasi yang berjaya?

AKU : Antara ciri-cirinya adalah boleh jadi pendengar yang baik, dapat berfikir dan menyelesaikan masalah dengan cepat serta boleh kerja berpasukan. Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri yang harus ada pada pegawai farmasi tapi bagi saya 3 ciri tadi merupakan ciri yang paling penting (padahal boleh je kalau nak goreng lagi)

SPA : Em, awak belajar kat sini berapa tahun ye?

AKU : Saya belajar di bandung selama 4 tahun setengah

SPA : Oo..awak nak pilih farmasi ni atas kehendak sendiri atau kena paksa?

AKU : Ini memang cita-cita saya dari sekolah menengah encik

SPA : Bagus..bagus..bukan apa, kalau kena paksa nanti kita nak kerja pun susah. Kalau boleh biar la kita ada rasa jatuh cinta dengan pekerjaan kita. Bukan jatuh cinta dengan benda lain ye yusira. Betul tak Encik Zul?

KKM : Betul tu (sambil tersengih)

SPA : Okay..Bidang farmasi ni ade tak organisasi?

AKU : Ada encik..Lembaga Farmasi Malaysia

SPA : Awak dah daftar belum? Tau tak macam mana nak daftar?

AKU : Belum daftar lagi. Saya kena download borang dekat website, lepas tu baru hantar ke LFM (masa ni x sure betul ke tak tapi hentam sajalah labu..)

SPA : Kalau dokter salah prescribe ubat pesakit, ape yang awak akan buat?

AKU : Saya akan berbincang dengan dokter tentang ubat yang tidak sesuai itu dan sebagai penyelesaiannya saya akan mencadangkan ubat yang patut dibagi kepada pesakit.

SPA : Berapa nisbah pegawai farmasi dengan pesakit?

AKU : Maaf encik. Saya kurang tau jumlah yang sebenar.

SPA : (sambil tengok surat beranak) O..ayah awak pegawai kajibumi..mak kerja apa? Adik beradik berapa orang?

AKU : Ayah saya dah pencen dah sekarang. Mak suri rumah, adik beradik ada 3 orang..

SPA : Dah besar ke semua adik-adik awak?

AKU : (erk, soalan macam ni pun ada ke..tapi  jawab je la) Adik saya yang kedua belajar di UKM dan yang ketiga masih bersekolah, tingkatan 3

KKM : Yusra..boleh saya tengok IC awak?

AKU : Ada kat luar encik.

KKM : Sila ambil ye..Baiklah yusra.. Apa perbezaan farmasi di Bandung dan farmasi di Malaysia?

AKU : Farmasi di bandung tidak ada major. Farmasi di sana terbahagi kepada 4 bahagian iaitu analisis, tumbuhan ubat, farmakologi dan formulasi (thx to my fren sebab bagi idea ni semalam) Mereka kurang menekankan bahagian klinikal.

KKM : (angguk-angguk) Yang saya tau, farmasi di Indonesia banyak ke arah industri kan? Selain dari industri, apa lagi manfaat yang awak boleh ambil dari sana?

AKU : Indonesia lebih ke arah tumbuhan ubat kerana tumbuhan ubat tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding ubat kimia. Setiap tahun saya selalu menghadiri seminar yang berkaitan dengan tumbuhan ubat (teeet..satu penipuan telah berlaku. Maaf encik. Saya pernah join 2 kali je.huhu..tapi dah terlepas cakap) Saya rasa Malaysia juga patut memandang lebih serius terhadap tumbuhan ubat.

KKM : Kalau kat Malaysia ni, apa syarat untuk tumbuhan ubat?

AKU : Em..mesti ada kod.. (aisemen, boleh pulak lupa) kod berdaftar encik

KKM : Hehe..nombor pendaftaran

AKU : Ha..ye..ye..nombor pendaftaran

KKM : Owh, awak ni JPA ye..biasiswa ke loan? Contract 6 tahun kan?

AKU : Saya dapat biasiswa encik. Aah..contract 6 tahun..

KKM : Awak tau kan tentang 3 + 1.. So nanti awak kena sambung lagi 2 tahun dengan kerajaan. Apa plan awak lepas tu? Nak terus sambung dengan kerajaan ke nak berpindah ke swasta?

AKU : Ye encik. Saya tau tentang 3 + 1 tu.. Saya ingin terus berkhidmat dengan kerajaan tapi dalam waktu yang sama saya ingin membuka bisnes. Saya agak berminat untuk menjadi salah satu pembekal bahan mentah dalam bidang farmasi di Malaysia ini (ayat tunggang langgang masa ni)

KKM : Yusra pernah attach di mana-mana?

AKU : Saya tidak berkesempatan attach di mana-mana hospital encik sebab setiap kali cuti, saya akan ambil short sem. (dia buat muka tak paham. Sebutan tak jelas ke) Err..saya ikut semester pendek..

KKM : O..jadi nanti awak macam belajar benda baru la kan. Apa je yang awak nk buat supaya dalam masa setahun ni awak boleh kuasai semuanya?

AKU : Saya akan berusaha dengan lebih keras untuk bertanya kepada yang lebih senior dari saya. Juga belajar dari kawan-kawan saya yang sudah bekerja di hospital lain.

KKM : Jangan lupa belajar dengan dokter jugak ye. Dengan penolong pegawai farmasi pun. Tempat yang awak mintak ni, kita tengok kekosongan jugak. Kalau kosong, boleh kami hantar. Kalau tak, kami hantar ke tempat lain. Kita punya kerjaya ni untuk berkhidmat kepada rakyat seperti kata-kata PM kita. Awak tau tak apa kata-kata PM?

AKU : Ha? Kata-kata PM? Err..rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan tu ke encik?

KKM : Ha..yang tu. Jadi di mana ada kekosongan jawatan, di situlah kami akan hantar supaya awak dapat berkhidmat kepada masyarakat di sana. Awak sanggup tak ?

AKU : Saya sanggup encik tapi saya memang berharap agar saya dapat di tempat yang saya mintak supaya saya dapat jaga keluarga. Selama saya belajar di Bandung, saya dah jauh dari keluarga.

KKM : Hehe..

SPA : Okay yusri (macam-macam nama yang dia panggil).. Saya nak tanya lagi. Kalau pegawai farmasi takde dekat sesebuah hospital, apa akan jadi dekat hospital tu? Penting sangat ke pegawai farmasi ni?

AKU : Penting encik. Jika ubat-ubat yang diprescribe oleh dokter memberikan interaksi yang tidak bagus, kami sebagai ahli farmasi patut berbincang semula dengan dokter kerana ini melibatkan kesihatan manusia.

SPA : Ye..ye..awak kene lebih prihatin kerana ini berkaitan dengan nyawa orang. Boleh ke nurse bagi ubat?

AKU : (baru je bukak mulut nak jawab)

SPA : Sebab saya dulu pernah nurse yang bagi ubat. Hm, kalau awak salah bagi ubat kat saya, boleh tak saya nak saman awak?

AKU : (sekali lagi baru je nak jawab dia dah potong)

SPA : Macam mana pulak kan kalau awak ada masalah kat rumah, lepas tu lepaskan kat tempat kerja? Kalau ade jugak orang macam tu?

AKU : Itu tak sepatutnya berlaku kerana kita tidak boleh mencampuradukkan hal peribadi dengan hal kerja. Kalau ada jugak orang macam tu, itu menjadi tanggungjawab dia untuk belajar kawal emosi

SPA : Yea..Tadi awak cakap selesa behasa melayu kan? Boleh cakap english tak ni? Nanti tiba-tiba ada pesakit mat saleh tak kan awak nak cakap melayu pulak.

AKU : Hehe..boleh encik. Saya akan menggunakan bahasa inggeris mengikut keadaan yang sesuai.

SPA : Em..yusri.. eh, nama awak siapa?

AKU : Nama saya yusra encik

SPA : Ha..yusra (betul jugak akhirnya) communication skills ni penting tak? Kenapa?

AKU : Penting kerana nanti saya akan bekerja dengan pesakit dan pegawai kesihatan yang lain. Jika tidak boleh berkomunikasi dengan baik, akan ada salah faham yang akan berlaku nanti dan boleh mendatangkan bahaya kepada pesakit.

SPA : Apa cita-cita awak selain dari jadi pegawai farmasi?

AKU : Saya bercita-cita nak buat duit lebih banyak.Hehe..saya sangat berminat untuk melibatkan diri dalam bisnes seperti yang saya sebutkan tadi, saya ingin menjadi salah seorang pengedar bahan mentah di negara ini (poyo je lebih)

SPA : Em, what is ur hobby?

AKU : Surfing internet

SPA : Ur phone number?

AKU : kosong satu sembilan..

SPA : Ha? Zero one what?

AKU : (ops! Kene speaking ke) zero one nine bla bla bla..

SPA : Hehe..ok, kita dah pun selesai. Ada apa-apa yang awak nak tanya atau kongsi dengan kami?

AKU : Saya nak bertanya tentang exam forensik. Bila saya patut ambil exam tu ye ?

KKM : Selepas awak dapat lesen sementara, awak boleh ke LFM di PJ untuk ambil exam tu.

SPA & KKM : Ok yusra..good luck ye nanti

AKU : Terima kasih encik

Tepat 8.30 aku keluar dari bilik tu. Yeay! Selesai sudah.. Tak sangka pulak dorang borak-borak je time interview ni. Terima kasih encik SPA dan KKM sebab tak tanya soalan yang menyebabkan saya streesss..hehe..


**balik rumah terus tidur..zzz..**

Share on Facebook

Sebelum Temu Duga

Interview interview interview!!!

Cuak la pulak. Kenapa la kena ada interview.

Kitorang punya temu duga 5.4 ni..Hurm, sebelum ni 2 3 kali jugak la call SPA untuk confirmkan tarikh temu duga.

So sekarang nak kena selongkar semua file untuk cari surat beranak, sijil SPM, ijazah, transkrip & sijil-sijil lain.Pastu nak kena g fotostat pulak. Aaaaaa..malasnya nak buat semua tu. Owh, gambar ukuran pasport pun nak kena cari jugak.

Lagi malas bila mak tanya “Ni dah stadi belum ni? rilek je tengok”

Dan aku hanya mampu tesengih…….

Mission hari ini : stadi tentang SPA, KKM, NKRA, KPI, 5R, MTAC, TCM, ADR, NPCB, DCA, MADRAC, MDC, adenovirus, klinik 1 Malaysia, pos 1 Malaysia, forensic law.


** aja aja fighting **

Share on Facebook

Yeay! Wisuda a.k.a grad sudah..Ops!! Silap..Sepatutnya benda2 yang baik ni kita dahului dengan ucapan ALHAMDULILLAH..Okay..Sekarang tak nak cerita pasal wisuda, proses ambil ijazah maupun naik kapal terbang untuk balik ke negara tercinta.

Habis tu nak cerita tentang apa? Ce cite..Ce cite..

Sebenarnya post ni KHAS untuk kawan2 yang masih belajar di UNPAD. Disebabkan kita tak ada senior, jadi nak kongsi sikit tentang apa yang kitorang dah buat bila balik Malaysia for good hari tu. Kalau korang setakat balik Malaysia untuk bercuti, jangan tiru aksi ini di rumah ye..

Ada member bagitau kita kena call SPA 3 hari selepas kita daftar SPA untuk tetapkan tarikh interview . Tapi sebelum call, make sure kita check dulu status pendaftaran kat http://putra3.spa.gov.my/online/semakonline/status_daftar.jsp. Mane la tau kan kalau2 borang yang kita isi dulu tak lengkap.


**zaman sekarang sangat senang. semua isi online. tak yah susah2 nak pergi pejabat pos**

Share on Facebook