Category: Information


Bakal Pegawai Kesihatan

Hari tu ada dapat kertas tentang proses pendaftaran bagi pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi. Korang boleh tengok gambar bawah ni.

Dan hari ni pulak dah dapat sijil pendaftaran. Alhamdulillah..Sekarang tinggal tunggu surat posting. 

**kesihatan adalah nikmat dari ALLAH yang amat berharga**

Share on Facebook

Mula-mula sekali nak mintak maaf kat salah seorang bos Pusat Tuisyen Prima sebab tak dapat kotakan kata-kata semalam. Walaupun dah mintak maaf, tapi stil ada rasa bersalah.Huhu..Sori sangat sangat sangat ye..

Hm..Okay, hari ni nak cite pasal aktiviti kami kat Putrajaya dan Petaling Jaya.

Tengahari semalam aku dan 2 orang kawan bertolak ke Putrajaya. Sampai je kat sana, lunch hour la pulak. Kitorang berpecah. Aku pergi ke bangunan KKM untuk setelkan borang maklumat diri. Yang lagi 2 orang membawa haluan masing-masing. Hehe..

Untuk borang maklumat diri tu kita kena sediakan salinan IC, surat beranak, sijil SPM, ijazah, transkrip dan gambar. Bila naik je kat tingkat 9, pintu dia tak boleh nak bukak. 2 kali try stil tak boleh jugak. Ingatkan dorang kunci sebab lunch hour. Rupa-rupanya kene scan dulu kad pelawat, baru la boleh masuk. Nasib baik takde orang mase tu. Kalau tak, malu je..

Lepas isi borang, orang kaunter suruh hantar borang tu kat bahagian Pengurusan dan Profesional. Aku pun berjalan ikut anak panah tapi sesat. Macam kelakar je sebab sesat dalam ofis. Kat bahagian apa tah masa tu tapi  akhirnya sampai jugak ke destinasi yang dituju. Kebetulan ada sorang abang ni tak turun lagi. Dia cakap letak borang dalam bakul kat ruang tamu.

Bila pergi kat belakang, ada 2 ruang tamu.. Aduh,yang mana 1 ni. Bila patah balik nak tanya abang tu, dia dah lesap tah ke mana. Cari punya cari, jumpa jugak akhirnya bakul tu.. Alhamdulillah..

Lepas tu kitorang pergi SPA pulak sebab nak hantar surat setuju terima pelantikan. Owh..untuk pengetahuan korang, kitorang dah dapat offer letter. Yeay! Ni sebahagian dari surat tu..Sori ye sebab gambar tak elok..

Ok..dah setel hal kat Putrajaya, kitorang pergi Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) kat PJ pulak. Kat sana kitorang tanya tentang pendaftaran, posting dan exam undang-undang. Kakak tu bagitau proses pendaftaran di LFM lebih kurang 3 minggu. Kemudian dia akan hantar nama kita ke KKM. So may be dalam masa sebulan atau lebih sikit kita dah boleh dapat tempat posting. Itu pun kalau ada tempat yang kosong la..

Tepat 6.30 petang, aku sampai rumah..Tahniah untuk 2 sahabat aku tu sebab dah berjaya tau proses sebenar untuk pendaftaran dan penempatan di hospital nanti. Tapi kan korang, misteri pen hitam di SPA masih belum terjawab..Hehe..


**hendak seribu daya,tak nak seribu dalih**

Share on Facebook

Yeay! Wisuda a.k.a grad sudah..Ops!! Silap..Sepatutnya benda2 yang baik ni kita dahului dengan ucapan ALHAMDULILLAH..Okay..Sekarang tak nak cerita pasal wisuda, proses ambil ijazah maupun naik kapal terbang untuk balik ke negara tercinta.

Habis tu nak cerita tentang apa? Ce cite..Ce cite..

Sebenarnya post ni KHAS untuk kawan2 yang masih belajar di UNPAD. Disebabkan kita tak ada senior, jadi nak kongsi sikit tentang apa yang kitorang dah buat bila balik Malaysia for good hari tu. Kalau korang setakat balik Malaysia untuk bercuti, jangan tiru aksi ini di rumah ye..

Ada member bagitau kita kena call SPA 3 hari selepas kita daftar SPA untuk tetapkan tarikh interview . Tapi sebelum call, make sure kita check dulu status pendaftaran kat http://putra3.spa.gov.my/online/semakonline/status_daftar.jsp. Mane la tau kan kalau2 borang yang kita isi dulu tak lengkap.


**zaman sekarang sangat senang. semua isi online. tak yah susah2 nak pergi pejabat pos**

Share on Facebook