Semakin hari semakin tak tahan dengan semut-semut kat rumah ni sampaikan hp pun dia nak kerumun. Sempat jugak terlintas dalam hati “Semut ni dah tukar selera ke? Makan hp pulak ke sekarang?”

Petang semalam kitorang pun try la cari petua untuk halau semut. Agak menarik la. Nak buat pun senang. Tiba-tiba jadi excited. Dalam banyak-banyak petua tu, kitorang tertarik dengan cara ni :

  • letak daun sirih yang dah disiat-siat kat laluan semut
  • tabur tangkai cili kering
  • gantung kain yang dicelup dengan minyak masak kat tempat semut berkerumun

Akhirnya mak pilih cara tabur tangkai cili kering. Projek akan dijalankan sebelum kitorang tidur. Hehe..

Tepat pukul 10.45 malam, “Mak, jom la tabur..”

Mak jawab “Eh, tak yah la. Kita sembur ridsect je”

Maka bergelimpanganlah semut-semut malam semalam. Huhu.. Tak dapat jugak nak check keberkesanan petua yang kitorang pilih..


**teringat kampung halaman**

Share on Facebook